Jangan Ada Penghinaan Terhadap Agama – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (duduk dua, kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin (duduk tiga, kanan) dan Ketua Pegawai Kandungan The Star, Datin Paduka Esther Ng Sek Yee semasa Majlis Berbuka Puasa MADANI di Kompleks Seri Perdana, malam ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 20 MacDatuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan segera diambil berlandaskan undang-undang berhubung isu jualan stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Perdana Menteri berkata, tindakan perlu diambil supaya tidak ada penghinaan terhadap agama, khususnya Islam.

“Pandangan saya jelas. Ada laporan, ada keterlanjuran, mesti ada tindakan segera. Kemudian keputusan ikut jalur hukum dan maju terus.

“Kenapa kita perlu terperangkap dalam isu yang berpanjangan. Ada laporan, ambil tindakan. Jangan ada penghinaan terhadap agama, apatah lagi Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama Petugas Media di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pegawai Kandungan The Star, Datin Paduka Esther Ng Sek Yee serta pengamal media cetak dan elektronik dalam dan luar negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *