Jadikan Ramadan Bulan Istimewa – PM Anwar Pesan Kepada Umat Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai semasa meluangkan masa kira-kira sejam mengunjungi Bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan hari ini. Foto Bernama

KUANTAN, 23 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap umat Islam di Malaysia tidak menjadikan Ramadan seperti bulan biasa yang lain, sebaliknya mengangkat ia sebagai bulan istimewa untuk meningkatkan amalan dan ibadah.

Beliau berkata, Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia yang perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk memahami, menghayati dan mengamalkan kandungan kitab suci itu dalam kehidupan seharian.

“Maknanya, (dalam bulan Ramadan) kerja kita harus lebih, akhlak perlu lebih baik dan memastikan nilai kita supaya (dapat) meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

“Jadi, saya harap mudah-mudahan bulan Ramadan (beri) kesempatan bagi umat Islam (menunjukkan) contoh yang baik. Bukan dari segi jeritan, bukan nak marah dan menghukum, mencerca serta menghina orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI peringkat negeri Pahang di sini malam ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai semasa meluangkan masa kira-kira sejam mengunjungi Bazar Ramadan Mahkota Square di Kuantan hari ini. Foto Bernama

Majlis berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Terdahulu Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar di Istana Abdulaziz, di sini sempena lawatan Perdana Menteri ke negeri ini.

Berangkat sama Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Perdana Menteri tiba di istana berkenaan pada jam 3.40 petang, dengan pertemuan berlangsung kira-kira satu jam.

Anwar kemudiannya beramah-mesra dengan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sebaik selesai pertemuan berkenaan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *