Isu Pengerusi PN: Pas Tak Tahan Dibedil Bersatu?

Pendedahan Marzuki mengenai apa sebenarnya yang berlaku berkenaan isu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dipercayai punca Mohd Syahir meminta ‘gencatan senjata’ diadakan.

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Serangan bertalu-talu daripada ‘kem Muhyiddin Yassin’ kepada Pas mencetuskan suasana ‘panik’ kepada parti penunggang agama itu, seakan tidak lagi mampu ‘bertahan’ dibedil dengan asakan bertali arus beberapa pemimpin Bersatu sejak beberapa hari lalu.

Lalu setelah serangan beserta fakta dikemukakan, akhirnya Pas mencadangkan ‘gencatan senjata’ antara dua parti itu melihatkan betapa teruknya Pas memanipulasi fakta sebenar bagaimana isu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dipolitikkan.

Apakah niat Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman, yang meminta Muhyiddin mengadakan segera mesyuarat ‘full-council’, jika parti berkenaan menganggap bekas Perdana Menteri itu masih lagi Pengerusi PN seakan sesuatu yang dianggap ‘menyerah kalah’?

Hantaran Mohd Syahir yang menggesa gencatan senjata diadakan namun menyindir Bersatu seakan tidak mahu ‘gencatan senjata’ terlaksana.

Disebabkan pendedahan demi pendedahan Setiausaha Sulit Muhyiddin, Dr Marzuki Mohamad yang melondehkan tembelang sebenar Pas berkenaan isu pengerusi berkenaan dipercayai menjadi punca kepada permintaan ‘gencatan senjata’ yang sudah pasti cuba mengurangkan kerosakan lebih sebulan lalu berpunca daripada krisis menteri besar Perlis.

Dakwa Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok yang cuba memberi metafora bahawa perjalanan gabungan itu tergendala kerana sudah sebulan peletakan jawatan ‘pemandu bas’, menyebabkan tiada hala tuju sehingga membuat penumpang gelisah, sebenarnya cuba diselindungkan Pas sendiri.

“Jadi, ada baiknya kita di peringkat ‘operator’ ini, bersetuju untuk gencatan senjata. ‘Silence is golden’ (Diam itu lebih berharga).

Pendedahan Marzuki di Facebook yang dipercayai menjadi punca permintaan Mohd Syahir mengadakan ‘gencatan senjata’ antara Pas dan Bersatu beberapa hari lalu.

“Serahkan kepada pucuk pimpinan untuk mesyuarat ‘full-council‘ segera.

“Jika kalian berpandangan TSMY (Muhyiddin) adalah Pengerusi PN yang masih ‘berkuat kuasa’, mudah sahaja, sila panggil mesyuarat segera,” katanya di Facebook.

Ironinya, Mohd Syahir juga yang sempat menyindir Bersatu kononnya enam kerusi parlimen tidak terjaga walaupun mereka telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa menyatakan bukti terhadap dakwaannya itu.

“Persiapan bukan setakat di 43 kerusi parlimen kami, termasuk di 6 kerusi ‘lompat’, yang dilaporkan tidak terjaga.

“Itu belum termasuk, dua (2) kerusi kalian yang dengarnya ‘bakal’ melompat, harapnya dapatlah berjaga,” sindir Mohd Syahir.

Untuk rekod, enam kerusi Bersatu yang menyokong Perdana Menteri ialah Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Bukit Gantang, Tanjong Karang dan Labuan.

Sepatutnya Mohd Syahir berhenti menyerang Bersatu dalam apa sahaja penulisan terlebih dahulu dan bukannya menyindir pemimpin Bersatu baru mahu meminta ‘gencatan senjata’ dilakukan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *