Doktor Keluarkan Bom Dari Punggung Lelaki

Penemuan tersebut dibuat apabila lelaki berusia 24 tahun itu datang ke Hospital Rangueil, bandar Toulouse untuk mendapatkan rawatan. Foto Getty Images
PARIS, 2 Feb – Sepasukan doktor di Perancis mengeluarkan sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dari dalam saluran dubur seorang lelaki, lapor akhbar Metro UK.
Penemuan tersebut dibuat apabila lelaki berusia 24 tahun itu datang ke Hospital Rangueil, bandar Toulouse untuk mendapatkan rawatan.
Dia mengadu sakit pada bahagian punggung tanpa memberikan butiran lanjut.
Semasa melakukan pembedahan, pegawai perubatan terkejut apabila mendapati pesakit berkenaan memasukkan bom sepanjang 16 sentimeter (sm) dan 4 sm lebar ke dalam punggungnya.
Penemuan luar biasa itu memaksa mereka memanggil skuad pemusnah bom.
Pasukan bomba memberitahu akhbar Le Parisien bahawa mereka telah mematikan bom itu tersebut.
Lelaki itu bakal berdepan pertuduhan kerana melanggar undang-undang senjata api Perancis. – AGENSI
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


