Isu FAM: PM Anwar Beri Jaminan Tiada Apa Yang Disembunyikan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media terhempar dalam pesawat Airbus A350-900 yang sedang terbang pada ketinggian 12,192 meter setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa menuju Pretoria, Afrika Selatan pada 20 November 2025. Foto PMO

JOHANNESBURG, 21 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa tiada apa yang akan disembunyikan dalam siasatan kontroversi membabitkan tujuh pemain warisan yang membawa kepada tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perdana Menteri mengulas isu tersebut buat pertama kali, menyifatkan skandal berkenaan sebagai satu ‘isu besar’ yang menjadi antara topik hangat peminat sukan tanah air.

“Kami (Jemaah Menteri) membincangkan perkara ini, dan kami berkata tiada apa yang akan disembunyikan – teruskan (siasatan). Itu pendirian kami,” katanya kepada pemberita di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media tergempar dalam pesawat Airbus A350-900 yang sedang terbang pada ketinggian 12,192 meter setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa menuju Pretoria, Afrika Selatan pada 20 November 2025. Foto PMO

Anwar turut berkata kerajaan tidak mempertikai kredibiliti FIFA tetapi pihak berkuasa di Malaysia tidak akan bertindak hanya ‘semata-mata berdasarkan dapatan FIFA’.

Beliau turut bersetuju dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang malam tadi berkata FAM mempunyai hak untuk merayu terhadap tindakan FIFA di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), selepas rayuan sama ditolak pada 3 November.

Yeoh memberitahu Dewan Rakyat, terpulang kepada FAM untuk merayu, dan mereka ada peguam sendiri yang boleh memberi nasihat guaman.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media tergempar dalam pesawat Airbus A350-900 yang sedang terbang pada ketinggian 12,192 meter setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa menuju Pretoria, Afrika Selatan pada 20 November 2025. Foto PMO

Anwar berkata beliau memahami kemarahan orang ramai mengenai skandal itu, dan rakyat sentiasa mahu melihat tindakan segera dilakukan kerajaan.

Beliau turut membandingkan kes itu dengan apa yang didakwa sebagai skandal perlombongan Sabah yang tercetus susulan penyebaran beberapa video yang mengaitkan beberapa Adun.

“Tetapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perdana menteri. Paling banyak saya boleh lakukan ialah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media tergempar dalam pesawat Airbus A350-900 yang sedang terbang pada ketinggian 12,192 meter setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bole di Addis Ababa menuju Pretoria, Afrika Selatan pada 20 November 2025. Foto PMO

“Kita perlu pastikan bahawa kita mempunyai kes yang kukuh sebelum kita boleh mendakwa (pihak bertanggungjawab).”

FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan penalti oleh FIFA selepas badan bola sepak dunia itu, berkata FAM menyerahkan dokumen palsu untuk mengesahkan kelayakan pemain sebelum perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 Malaysia menentang Vietnam, pada 10 Jun.

FIFA berkata dokumen dikemukakan FAM mendakwa datuk dan nenek tujuh pemain itu dilahirkan di Malaysia adalah bercanggah dengan siasatan pihaknya yang mendapati rekod asal menunjukkan datuk dan nenek mereka sebenarnya dilahirkan di Sepanyol, Argentina, Brazil dan Belanda.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *