Institusi Pendidikan Perlu Percepat Perkenal Kursus, Disiplin Baharu – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Kolej Vokasional Pengerang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih pada 5 April 2026.

PENGERANG, 5 Apr – Institusi pendidikan perlu berupaya mempercepat pengenalan kursus dan disiplin baharu bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir serta pakar tempatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata hal ini bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan khususnya dalam bidang berteknologi tinggi.

Sebagai contoh, Anwar berkata pihak universiti mengambil masa panjang untuk meluluskan sesuatu program baharu yang tidak lagi sesuai dalam keadaan perkembangan pesat teknologi ketika ini.

“Kelewatan sehingga dua tahun untuk memperkenal disiplin baharu boleh menyebabkan negara ketinggalan khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan digital yang berubah dengan pantas,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran projek Kolej Vokasional Pengerang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *