IJN Pertama Di Asia Guna Sistem Pemetaan Dan Ablasi Affera™ Prism-2

Kateter Sphere-9™ menggabungkan fungsi pemetaan dan rawatan dalam satu peranti tunggal, sekali gus mengurangkan keperluan kepada pelbagai alatan khusus semasa prosedur di IJN pada 25 Februari 2026.

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Institut Jantung Negara (IJN) muncul hospital pertama di Asia yang menggunakan Sistem Pemetaan dan Ablasi Affera™ Prism-2 bersama Kateter Sphere-9™ bagi rawatan gangguan ritma jantung atau ablasi.

Pakar Perunding Kanan Kardiologi merangkap Pengarah Klinikal Elektrofisiologi Intervensi dan Peranti Boleh Tanam IJN, Datuk Dr Azlan Hussin berkata, Kateter Sphere-9™ menggabungkan fungsi pemetaan dan rawatan dalam satu peranti tunggal, sekali gus mengurangkan keperluan kepada pelbagai alatan khusus semasa prosedur.

Menurutnya, pencapaian penggunaan sistem itu secara klinikal memperkukuh kedudukan IJN sebagai pusat rujukan serantau bagi prosedur elektrofisiologi lanjutan serta mencerminkan komitmen berterusannya membawa inovasi perubatan bertaraf global ke Malaysia.

“Sejak mula dilancarkan awal Februari lalu, seramai 11 pesakit sudah menjalani rawatan ablasi menggunakan sistem berkenaan.

“Kesemua 11 pesakit melalui prosedur dengan sangat baik. Prosedur dilakukan di bawah bius am dan tempoh masa yang diambil antara satu hingga dua jam bagi setiap pesakit berbanding sebelum ini memakan masa empat hingga lima jam.

“Tiada komplikasi berlaku dan mereka dibenarkan pulang keesokan harinya. Jadi, ia adalah sistem yang baik dan selamat untuk pesakit,” katanya pada sidang media pelancaran rasmi sistem itu, hari ini.

  • Oleh Muhamad Lokman Khairi, Auni Izzalia

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *