‘Hormati Kedaulatan, Kemerdekaan Malaysia’ – TPM Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Wang Xiaohong semasa menerima kunjungan Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China itu di Sri Satria hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 3 Nov – Mana-mana negara perlu menghormati kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia, tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sudah tentu Malaysia memiliki pendiriannya tersendiri.

“Malaysia adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat, tentunya Malaysia mempunyai pendirian sendiri.

“Mana-mana negara perlu menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara itu,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong, di Sri Satria di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *