Himpunan Pembangkang: Chegubard Ditahan Petang Ini

Chegubard ditahan di rumahnya jam 2.30 petang bagi membantu siasatan himpunan ‘Turun Anwar’ pada 26 Julai lalu.

KUALA LUMPUR, 28 Jul – Seorang pemimpin pembangkang, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di kediamannya hari ini berkaitan himpunan pada Sabtu lalu.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali menerusi kenyataan memaklumkan Chegubard ditahan kira-kira jam 2.30 petang di kediamannya.

Menurutnya, pihaknya menerima pengesahan bahawa terdapat laporan polis terhadap CheguBard berkaitan himpunan yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Himpunan pembangkang bukan sekadar gagal dari segi jumlah dan roh himpunan malah mendedahkan pembangkang semakin hilang bisa dan sengat menggugat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sepatutnya Chegubard dijadualkan berjumpa dengan pegawai penyiasat pada esok pada 11 pagi di Bukit Aman.

“Oleh itu, tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana CheguBard memberi akujanji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman,” katanya.

Polis setakat ini menerima empat laporan berkaitan himpunan di Dataran Merdeka di sini pada Sabtu lalu.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Mohamed Jan dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan berkaitan himpunan pada Sabtu lalu.

Beliau dilaporkan berkata, satu kes di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) manakala tiga lagi berkaitan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).

“Pada hari terbabit (Sabtu), kita memang tidak benarkan mana-mana dron diterbangkan jadi tiga laporan polis diterima tersebut dirujuk ke CAAM.

“Satu lagi kes apabila pihak polis mengesan dan ada mengambil rakaman video menunjukkan satu patung mirip Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) disebat di perkarangan Masjid Negara.

“Justeru, kita membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *