Hari Malaysia 2025: Persiapan Capai Tahap 95 Peratus – Fahmi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir pada program tinjauan fasiliti Wifi Institusi Tinggi di Politeknik Seberang Perai pada 15 September 2025. Foto Kementerian Komunikasi

BUKIT MERTAJAM, 15 Sep – Hari Malaysia 2025 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA Arena Butterworth di sini, esok sudah mencapai tahap persiapan 95 peratus.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata beliau sudah menyampaikan beberapa perkara untuk diteliti dan ditambah baik ketika sesi raptai malam tadi.

Katanya, daripada segi isi kandungan program, atur cara dan jemputan tidak berdepan sebarang masalah serta berjalan dengan baik.

“Sekarang saya rasa sudah hampir 95 peratus (persiapan sambutan Hari Malaysia) dan tinggal sikit sahaja lagi (yang perlu dilakukan).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir pada program tinjauan fasiliti Wifi Institusi Tinggi di Politeknik Seberang Perai pada 15 September 2025. Foto Kementerian Komunikasi

“Semalam ketika waktu raptai, saya ada sampaikan beberapa perkara yang saya minta diteliti, mungkin ditambah baik daripada segi mungkin persiapan dalam dewan.

“Tetapi daripada segi isi kandungan, atur cara serta jemputan, tidak ada apa-apa masalah dan berjalan dengan baik,” katanya ketika mengadakan tinjauan kemudahan WiFi institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini, hari ini.

Sambutan Hari Malaysia 2025 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ dijadual dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Acara bakal dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air pelbagai kaum termasuk ratu rock negara, Ella bersama Suki Low, Roshini Balachandran serta artis yang diterbangkan khas dari Sabah dan Sarawak iaitu Dabra Sia dan Rezza Shah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *