Dunia Perlukan Pemimpin Berjiwa Besar, Tolak Penindasan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika wawancara bersama pengacara China Global Television Network (CGTN) Zheng Junfeng baru-baru ini. Foto CGTN Biz

KUALA LUMPUR, 15 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dunia memerlukan pemimpin yang sarat sifat belas kasihan, nilai murni serta berpihak kepada kemanusiaan dalam menghadapi cabaran global semasa termasuk perubahan iklim, ketidaktentuan ekonomi dan ketegangan geopolitik.

Perdana Menteri berkata, pemimpin sejati harus menolak penindasan dan penjajahan, selain memperjuangkan hak serta maruah manusia tanpa mengira latar belakang.

“Kita mesti mempunyai pemimpin yang ada sifat belas kasihan, memahami serta percaya kepada nilai yang baik, mengutamakan kepentingan manusia sejagat, menolak penindasan, penjajahan dan menjaga kebajikan rakyat,” katanya dalam wawancara ekslusif bersama media China, CGTN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika wawancara bersama pengacara China Global Television Network (CGTN) Zheng Junfeng baru-baru ini. Foto CGTN Biz

Anwar turut memuji peranan dimainkan Presiden China, Xi Jinping, yang disifatkannya luar biasa dalam mempromosikan dasar berteraskan kesejahteraan rakyat.

“Saya tidak berkata begini hanya kerana kebetulan berada di sana. Tetapi anda boleh lihat melalui tindakan dan dasar yang beliau perjuangkan.

“Kita tidak boleh lagi merelakan keangkuhan kuasa, penjajahan, eksploitasi dan penindasan manusia oleh manusia,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di Great Hall of the People, Beijing pada 2 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut memuji Jinping yang disifatkan sebagai pemimpin dunia yang berkarisma tinggi.

“Beliau memimpin sebuah negara dengan sumber yang besar, pertumbuhan ekonomi yang luar biasa dengan kekuatan ketenteraan yang kuat … dan dalam pertemuan antara kami, beliau menyantuni (kami), sebuah negara yang baru ingin meningkat naik dengan kepercayaan dan hormat,” katanya.

“Ini pada pemikiran saya, sesuatu yang perlu diberitahu bukan sahaja kepada rakyat di China tetapi juga kepada dunia … bahawa beliau adalah pemimpin dengan kerendahan hati yang sanggup mendengar dan berinteraksi,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *