Hari Guru 2026: Sejauh Mana Kita Hargai Pengorbanan Mereka?

Sejak 2023 hingga kini, walaupun tidak dapat memenuhi kehendak semua, namun Kerajaan MADANI tidak pernah lelah melakukan intervensi di segenap peringkat di seluruh negara. Foto Kementerian Pendidikan Malaysia

PENDAPAT, 16 Mei – Pengorbanan para guru dan pendidik dalam menyuluh ilmu kepada anak bangsa sememangnya tidak ternilai dan sentiasa dihargai Kerajaan MADANI dalam apa jua keadaan, sama ada di era awal pentadbiran sehinggalah berdepan konflik di Asia Barat.

Berkebetulan Hari Guru 2026, misi dan visi kerajaan ialah terus menzahirkan penghargaan terhadap jasa warga pendidik menerusi pelbagai langkah intervensi dan penambahbaikan demi memastikan kebajikan serta peranan guru terus diperkasa.

Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu di bilik darjah, malah menjadi pembimbing, pembentuk sahsiah serta pencorak masa depan generasi muda negara seawal peringkat rendah hinggalah ke menara gading.

Ledakan perubahan teknologi dan tuntutan semasa menuntut para pendidik memiliki kecekalan dan mentaliti tinggi dalam melaksanakan amanah mendidik tanpa mengira masa dan keadaan.

Menyedari hakikat tersebut, Kerajaan MADANI mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memperkemas urusan pentadbiran sekolah, menambah baik kemudahan pendidikan digital serta memperluas latihan pembangunan profesional kepada warga pendidik.

Pelbagai usaha meningkatkan infrastruktur sekolah dan kebajikan guru di kawasan luar bandar turut menjadi keutamaan kerajaan sejak Januari 2023 lagi, paling membanggakan apabila tandas para pelajar diperbaiki setelah sekian lama tidak diselenggara dengan baik.

Projek pengindahan tandas di sekolah nyata membawa semangat kepada pelajar untuk ke sekolah sejak dilaksanakan pada 2023. Foto Arkib

Selain itu, kerajaan juga terus memberi perhatian terhadap aspek kesejahteraan guru melalui penambahbaikan peluang kenaikan pangkat, kemudahan latihan serta penyediaan ekosistem pendidikan yang lebih kondusif.

Langkah ini penting bagi memastikan profesion perguruan terus dihormati dan mampu menarik minat generasi muda untuk menceburi bidang pendidikan.

Kita harapkan sambutan Hari Guru 2026 bukan sekadar penghargaan simbolik tahunan, tetapi manifestasi komitmen Kerajaan MADANI dalam mengiktiraf jasa besar para guru kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Ramah Mesra MADANI bersama Pelajar Sekolah Tahfiz Negeri Terengganu di Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu pada 13 April 2026. Foto PMO

Pengorbanan mereka membentuk generasi berilmu dan berakhlak tidak pernah dilupakan sebagai tunjang utama kemajuan Malaysia pada masa depan.

”Guru Bitara, Nadi Negara”.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *