Hari Anggota Bomba Sedunia: PM Anwar Hargai Jasa Minimumkan Kerugian Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh anggota bomba sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 pada 4 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Bersempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan tertinggi kepada seluruh anggota bomba atas peranan besar mereka dalam meminimumkan kerugian negara menerusi kepantasan dan kecekapan mengendalikan kecemasan.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, jasa serta pengorbanan anggota bomba bukan sekadar menyelamatkan nyawa dan harta benda, malah menjadi tunjang penting dalam menyokong kelangsungan pembangunan serta kesejahteraan negara.

“Moga seluruh anggota bomba dan penyelamat sentiasa dilindungi, dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam memikul amanah, serta terus diberi kecekalan dalam berbakti tanpa jemu,” ujar Anwar.

Karnival Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 akan berlangsung pada 9 dan 10 Mei 2026 di Plaza Angsana Mall, Johor Bahru yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti untuk orang awam bagi memahami peranan dan tugas mereka yang mencabar ketahanan fizikal dan mental.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *