Harga Petrol, Diesel Rantau ASEAN Terus Melonjak

Vietnam merekodkan antara peningkatan tertinggi, apabila kerajaannya mengumumkan harga petrol RON95 naik 20 peratus kepada AS$1.20 (kira-kira RM4.70) seliter. Foto AFP
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Harga petrol dan diesel di seluruh ASEAN merekodkan kenaikan ketara susulan krisis tenaga global yang berpunca daripada konflik geopolitik di Asia Barat.
Vietnam merekodkan antara peningkatan tertinggi, apabila kerajaannya mengumumkan harga petrol RON95 naik 20 peratus kepada AS$1.20 (kira-kira RM4.70) seliter bermula hujung minggu ini, manakala harga diesel naik hampir 34 peratus kepada 33,420 dong (kira-kira RM5).
Negara serantau seperti Laos, Myanmar dan Thailand turut berdepan kenaikan harga bahan api.
Malah, Laos dilapor terpaksa memendekkan minggu persekolahan kepada tiga hari akibat gangguan bekalan.
Manakala di Myanmar, harga bahan api di stesen minyak meningkat kira-kira 30 peratus antara Khamis dan Jumaat lalu.
Kerajaan Indonesia pula memberi jaminan, harga bahan api bersubsidi akan dikekalkan walaupun harga minyak global ketika ini melebihi AS$100 (kira-kira RM394) setong, lapor portal berita ANTARA.
Sementara di Filipina, ribuan pemandu jeepney turun mengadakan protes susulan lonjakan mendadak harga diesel yang menjejaskan pendapatan harian mereka.
Di Malaysia pula, harga runcit petrol RON95 kekal pada kadar RM1.99 seliter meskipun berdepan tekanan kenaikan harga minyak global.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


