Benarkah ‘Ustaz Sampul’ Tak Bayar Zakat, Cukai?

Aman Muhammad mendakwa ‘ustaz-ustaz’ sampul ini tidak membayar cukai atau pun zakat sepanjang mereka ‘memberi kuliah’ di masjid atau surau yang mengundang mereka. Foto Facebook Aman Muhammad

KUALA LUMPUR, 22 Mac – “Aku sebelum ni pernah tulis, bahawa ustak-ustak (ustaz-ustaz) sampul ni adalah golongan yang tidak bayar zakat dan tidak bayar cukai.

“Kerana pendapatan sampul mereka tidak direkodkan atau tidak pernah buat e-filing di LHDN,” dedah seorang penulis, Aman Muhammad.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memberi contoh, untuk seorang ustaz cikai menyampul di Selangor, satu sesi RM300.

Antara komen warganet pada hantaran di Facebook Aman Muhammad pada 22 Mac 2026.

“Ada 3 sesi setiap hari, Kuliah Subuh, Kuliah Dhuha, Kuliah Maghrib.

“Bermakna sehari dia menyampul RM900.

“Dan mengandaikan dia menyampul setiap hari selama sebulan, bermakna RM900 x 30 hari, pendapatan sampul untuk ustak cikai sekurang-kurangnya RM27,000 sebulan!

“Ni tak termasuk lagi derma-derma QR yang dia minta setiap kali habis kuilah dia, tau!,” dedahnya.

Mengulas lanjut, beliau bertanya, bayangkan kalau ustak selebriti, bayarannya sudah tentu puluhan ribu untuk satu sesi.

Antara komen warganet pada hantaran di Facebook Aman Muhammad pada 22 Mac 2026.

Dan bayangkan setiap sampul mereka tidak diaudit, tidak direkodkan, tidak diisi dalam e-filing, bermakna ustak-ustak sampul ini tidak pernah bayar zakat pendapatan dan tidak pernah bayar cukai untuk negara.

“Tiba-tiba ustak-ustak tak guna ni merengek pelahap kepada subsidi untuk orang miskin pula.

“Sudah la zakat untuk bantu orang miskin tak bayar, cukai untuk bantu subsidi orang miskin pun tak bayar, tapi dia berlagak kononnya dia paling tersakiti bila harga minyak naik.

“Jadi sebab tu tuan-puan, realiti ustak-ustak sampul hari ini ni, mereka datang beri kuiliah naik vellfire, ada 2-3 bini, beli 2-3 rumah banglo besar untuk bini, mampu pulak beli tanah sebagai harta simpanan, pakai iPhone, pakai iPad, tapi satu sen tak pernah bayar zakat dan cukai…

“Inilah salah satu spesis ulamak-ulamak jahat yang Nabi sebut di akhri zaman, yang menjual agama demi kepentingan dunia,” katanya lagi.

Muhamad Yahya menulis, “Allah dah sebut dlm Alquran diakhir zaman akan muncul Ulamaq2 Anjing yg lidahnya terjelir2 minta habuaj dunia.. Yg ni rasanya tak rmi ulamaq Ustaz ajar kat masjid2”.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *