Harga Diesel Turun Lagi 5 Sen Di Semenanjung, Kini RM3.25

Senarai dikeluarkan Kementerian Kewangan mengenai penurunan harga diesel sebanyak 5 sen di Semenanjung kepada RM3.25 seliter bermula 15 Ogos 2024. Foto MOF

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Harga jualan runcit diesel turun lagi 5 sen daripada RM3.30 kepada RM3.25 seliter bagi pasaran Semenanjung.

Harga baru itu akan bermula esok hingga 21 Ogos, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Manakala harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.47 dan RM2.05 seliter.

Bagaimanapun, penurunan itu tidak melibatkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan yang kekal RM2.15 seliter.

Kenyataan media Kementerian Kewangan mengenai penurunan harga diesel sebanyak 5 sen di Semenanjung kepada RM3.25 seliter bermula 15 Ogos 2024.

 

Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 15 Ogos 2024 hingga 21 Ogos 2024.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga, kata kenyataan itu.

Bermula 10 Jun lalu, harga jualan runcit diesel di Semenanjung diniaga RM3.35 seliter daripada RM2.15 susulan pengumuman penyasaran semula subsidi bahan bakar itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum di Malaysia secara mingguan adalah menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *