PM Anwar Tiba Di Sabah Mulakan Lawatan Kerja Dua Hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA( Terminal 2 pada jam 6.45 petang bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah pada 10 September 2026.

KOTA KINABALU, 10 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, hari ini bagi memulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah dengan beberapa program rasmi dijadualkan termasuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2026, esok.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Terminal 2 pada jam 6.45 petang dan diteruskan dengan menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat MA63 di Magellan Sutera Harbour.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

Lawatan kerja beliau menandakan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyusun atur pelan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sejak November 2022.

Ketibaan Anwar disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud dan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu pada 10 September 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam yang dihadiri Hajiji, Mustapha dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *