Guru Besar, Guru Kantoi Berdua-Duaan Ditangkap Suami

Suami wanita berkenaan menangkap kedua-dua guru besar merangkap isterinya berdua-duaan hingga menimbukan kekecohan di kawasan itu. Foto Liputan12.Id

JAKARTA, 4 Jun – Seorang guru besar sebuah sekolah rendah di Sumenep, wilayah Jawa Timur ditangkap sedang berdua-duaan dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang guru, lapor laman berita Kompas semalam.

Perbuatan mereka kemudian dilaporkan kepada polis oleh suami guru wanita itu sendiri.

Menurut si suami dikenali sebagai Beni, isterinya, SR sering pulang lewat dari sekolah, menyebabkan dia berasa curiga.

Suami wanita berkenaan menangkap kedua-dua guru besar merangkap isterinya berdua-duaan hingga menimbukan kekecohan di kawasan itu. Foto Liputan12.Id

Pada Jumaat lalu, dia melihat SR pergi ke sebuah rumah kosong milik kakak iparnya sebelum seorang lelaki kemudian didapati menuju ke rumah yang sama.

“Dengan mata saya sendiri, saya melihat mereka berdua-duaan di dalam bilik,” katanya.

Beni kemudian melaporkan perkara itu kepada polis atas dakwaan bersekedudukan.

“Isteri saya dan kekasihnya itu, kedua-dua mereka sudah berkeluarga. Apatah lagi mereka berdua ialah guru yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar,” ujar Beni.

SR merupakan guru besar sebuah sekolah rendah berstatus sekolah pintar (SDN), manakala guru lelaki yang ditangkap ialah guru dari sebuah sekolah rendah berbeza. – AGENSI


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *