GSF: PM Anwar Pantau Rapat Perkembangan Misi Kemanusiaan – PMO

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menyampaikan Taklimat Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada 30 September 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 30 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penaung kepada inisiatif kemanusiaan Sumud Nusantara memantau rapat pelayaran konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Anwar sentiasa memantau perkembangan aktivis kemanusiaan dari negara ini yang telah memasuki zon kuning dan berisiko berdepan ancaman Israel.

“Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan bersama seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh menyokong usaha kemanusiaan ini selaras dengan prinsip solidariti dan keadilan yang menjadi asas Malaysia MADANI.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menyampaikan Taklimat Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya pada 30 September 2025. Foto YouTube Anwar Ibrahim

“Keberanian serta ketabahan para aktivis membawa misi amanah ini amat dihargai kerana ia mencerminkan jiwa rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin terhadap penderitaan saudara kita di Gaza,” katanya semasa taklimat harian Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri turut mendesak laluan kemasukan bantuan ke Gaza tidak dihalang mana-mana pihak kerana sebarang halangan menambah derita penduduk Palestin yang dalam keadaan kritikal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir dan menyampaikan syarahan umum pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2025. Foto AFP

Katanya, Perdana Menteri pada masa yang sama menyeru rakyat Malaysia terus bersatu hati mendoakan keselamatan serta menyalurkan sokongan berterusan kepada usaha kemanusiaan yang murni tersebut.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *