Gempa Kuat 6.2 Gegar Kepulauan Kuril, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

Kepulauan Kuril dilanda gempa bumi lagi kali ini dengan kekuatan 6.2 jam 2.20 pagi pada 2 Ogos 2025. Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Satu gempa bumi kuat menggegar Kepulauan Kuril berpusat di koordinat 50.3° Utara dan 159.0° Timur, iaitu sekitar 301 kilometer di selatan Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 45 kilometer.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam penilaian awalnya mengesahkan, tiada ancaman tsunami dikesan terhadap Malaysia susulan kejadian tersebut.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 8.8 magnitud telah berlaku awal pagi Rabu lalu yang turut mencetuskan amaran tsunami merentasi Lautan Pasifik, termasuk Jepun, Alaska dan Hawaii di Amerika Syarikat.

Kawasan utara Kepulauan Kuril terletak berhampiran garis gempa aktif dan sering menjadi tumpuan kejadian seismik besar serta terletak di Lingkaran Api Pasifik.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) meramalkan gegaran susulan akan berterusan dalam tempoh terdekat namun tidak mencetuskan amaran tsunami seperti gempa pada kekuatan 8.8 tempoh hari.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *