Gempa Filipina: 26 Disahkan Maut Setakat Ini

Orang ramai berkumpul di jalan-jalan sekitar Cebu selepas gegaran gempa bumi melanda jam 9.59 malam waktu tempatan. Foto AP/Jacqueline Hernandez
CEBU, 1 Okt – Sekurang-kurangnya 26 orang disahkan maut selepas gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan kawasan tengah Filipina lewat malam Selasa, menurut kenyataan polis tempatan.
“Kami mengesahkan 26 kematian,” kata Pegawai Polis Perbandaran San Remigio, Felipe Cabague kepada BBC awal pagi Rabu.
Beliau berkata butiran lanjut mengenai identiti mangsa masih belum diperoleh.
Pagi ini Gabenor Cebu, Pamela Baricuatro tiba di lokasi bencana dan mengarahkan petugas mencari mangsa runtuhan bangunan dan kediaman penduduk.
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.59 malam (waktu tempatan) di utara Pulau Cebu, turut menyebabkan kerosakan pada bangunan dan jalan raya, selain gangguan bekalan elektrik secara meluas di beberapa kawasan. – BBC
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

