Gempa Bumi Kuat Magnitud 7.4 Gegar Timur Jauh Rusia

Pantai sepanjang Kamchatka dibadai tsunami susulan gegaran gempa bumi kuat 7.4 melanda timur jauh Rusia pada 13 September 2025.

MOSCOW, 13 Sep – Timur Jauh Rusia digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.4 melanda pesisir Kamchatka hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu berlaku 111 kilometer (km) di timur bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, pusat pentadbiran wilayah Kamchatka, pada kedalaman 39.5km, kata USGS.

Pada awalnya, USGS melaporkan kekuatan gegaran 7.5 sebelum menyemaknya semula.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) merekodkan gegaran gempa sekuat 7.3 dan tiada ancaman tsunami melanda Malaysia pada 13 September 2025. Foto MetMalaysia

Pusat Amaran Tsunami Pasifik pula berkata gelombang ‘berbahaya’ setinggi sehingga satu meter berkemungkinan berlaku di beberapa kawasan pesisir Russia berdekatan.

Jepun, Hawaii dan pulau-pulau lain di Pasifik dijangka mengalami ombak kurang daripada 30 sentimeter, menurut pusat itu.

Pada Julai lalu, salah satu gempa bumi terkuat pernah direkodkan melanda pesisir semenanjung Kamchatka, mencetuskan tsunami setinggi sehingga empat meter di seluruh Pasifik dan mengakibatkan pemindahan penduduk dari Hawaii hingga Jepun.

Amaran awal tsunami dikeluarkan selepas gegaran gempa bumi sekuat 7.4 menggegar pantai Kamchatka pada 13 September 2025.

Gempa berukuran 8.8 itu merupakan yang terbesar sejak 2011, apabila gegaran 9.1 di luar pesisir Jepun menyebabkan tsunami yang meragut lebih 15,000 nyawa.

Susulan kejadian Julai lalu, pihak berkuasa Jepun mengarahkan hampir dua juta orang berpindah ke kawasan tinggi.

Amaran tsunami turut dikeluarkan di seluruh rantau berkenaan sebelum akhirnya ditarik balik atau diturunkan tahapnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *