Gempa Bumi Kuat Magnitud 6.6 Gegar Tonga – USGS

Gegaran gempa bumi Tonga berukuran magnitud 6.6 boleh dirasai sejauh 900 kilometer (km) dari pusat gempa. Foto Google

WELLINGTON, 27 Mei – Gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter menggegarkan negara Pasifik Tonga pada hari ini, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tetapi tiada ancaman tsunami.

Gempa itu berlaku sekitar jam 9.47 pagi waktu tempatan (3.47 pagi waktu Malaysia) pada kedalaman kira-kira 112 kilometer (km), menurut USGS, dan berpusat di lautan kira-kira 198km di utara ibu negara Tonga, Nuku’alofa.

Gegaran turut dirasai sejauh 900 kilometer (km) pada radius pusat gempa sehingga timur Australia dan utara New Zealand.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan di Tonga kerana ia melanda berhampiran pulau Kao dan Tofua yang berpenduduk jarang, manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata tiada ancaman tsunami daripada gempa bumi ini.

Gegaran gempa bumi Tonga berukuran magnitud 6.6 boleh dirasai sejauh 900 kilometer (km) dari pusat gempa. Foto Google

Penduduk tempatan, Mary Lyn Fonua, yang bekerja di Nuku’alofa, memberitahu AFP bangunan dua tingkat menempatkan pejabatnya bergoyang kuat selama beberapa saat.

“Kemudian kami berpindah ke tempat yang lebih tinggi, penduduk tempatan berasa gementar,” katanya.

Gempa bumi adalah perkara biasa di Tonga, sebuah kepulauan rendah yang menempatkan kira-kira 100,000 penduduk yang merentasi Lingkaran Api seismik.

Lingkaran Api ialah kawasan plet tektonik yang merentangi Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *