Gempa Bumi Kuat 6.8 Gegar Pantai Peru

Lokasi pusat gempa sekuat 6.8 melanda pesisir pantai di Peru tengah malam waktu tempatan. Foto USGS
KUALA LUMPUR, 28 Jun – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter dikesan berlaku berhampiran Pantai Peru pada 1.36 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa itu terletak 15.8 darjah selatan dan 74.4 barat dengan kedalaman 60 kilometer (km) iaitu 234 kilometer tenggara dari Ica, Peru.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu menerusi satu hantaran di X, Pusat Kajian Gelologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gegaran berukuran 7.2 melanda kawasan berkenaan jam 12.36 pagi waktu tempatan.
Susulan itu amaran tsunami dikeluarkan pada radius 30 kilometer dari pusat gempa namun setakat ini belum ditarik balik.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

