Gaza: Sekolah Afwa Al Afiyah Milik Siti Nurhaliza Dibom Rejim Israel

Dr Mohamed berkongsi khabar duka sekolah milik Siti Nurhaliza dan suami dibedil rejim Israel pada 26 September 2025. Foto Instagram Dr Mohamed

KUALA LUMPUR, 27 Sep – Rejim Zionis Israel terus mengganas hari ini dengan sasaran demi sasaran dibedil ke atas kawasan berpenduduk padat di Gaza termasuk rumah kebajikan dan perlindungan kanak-kanak.

Khabar duka pengeboman sebuah sekolah milik penyanyi juga biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang dibangunkan Yayasan Nurjiwa iaitu Sekolah Afwa Al-Aafiyah di Gaza, Palestin dilaporkan musnah, disiarkan hari ini.

Wakil Yayasan Nurjiwa di Palestin, Doktor Mohanad Kullab dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram (IG) mengesahkan perkara berkenaan dan kesal dengan kekejaman Zionis Israel tanpa perikemanusiaan.

Menurut Mohamed, sekolah yang diberi nama Sekolah Afwa Al Afiyah musnah dibedil rejim Israel.

“Sekolah Afwa dan Afiyah musnah dibedil bom. Hasbunallahi Wanikmal Wakeel,” katanya.

Menurut kenyataan Yayasan Nurjiwa kejadian itu sama sekali tidak mematahkan semangat dalam memberikan perlindungan kepada rakyat yang ditindas di Gaza dan akan berusaha mencari jalan untuk bangkit.

Siti turut meluahkan rasa reda dengan berita itu dan percaya sekolah untuk anak-anak Palestin akan dapat dibangunkan semula, kelak.

“Kami akan membantu mereka di sana. Doakan sukarelawan dan keluarga besar saya di Gaza selamat,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *