Gaza: Putin, Netanyahu Bincang Gencatan Senjata

Putin (kiri) dan Netanyahu mengadakan perbincangan mengenai pelan gencatan senjata di Gaza yang dicadangkan Amerika Syarikat, pada 6 Oktober 2025. Foto AFP
MOSCOW, 7 Okt – Presiden Russia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengadakan perbincangan mengenai pelan gencatan senjata di Gaza yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS), menurut kenyataan Kremlin semalam.
Dalam perbualan itu, Putin menegaskan pendirian konsisten Russia yang menyokong penyelesaian menyeluruh terhadap isu Palestin berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa yang diiktiraf.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu serantau lain termasuk program nuklear Iran serta situasi di Syria.

Netanyahu dalam masa sama turut menyampaikan ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-73 Putin yang disambut hari ini.
Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri Israel belum memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai perbincangan terbabit.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
