Galak Sertai Pengakap, PM Anwar Umum Peruntukan RM100 Ribu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Bernama

MERSING, 13 Sep – Bagi menggalakkan penyertaan aktif belia dalam pergerakan pengakap bagi pemantapan disiplin diri, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM100,000 kepada Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) ke-27 2025 yang diumum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, peruntukan akan disalurkan pada Isnin ini semasa berucap di hadapan lebih 4,000 ahli pergerakan itu di pantai Tanjung Leman di sini.

Beliau berkata pergerakan pengakap masih kekal relevan sehingga ke hari ini kerana nilai yang dipupuk, dapat dijadikan panduan kepada masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Bernama

“Hari ini ia masih relevan, soal ada nilai-nilai yang kekal sepanjang masa, yang universal, seumpamanya kemahiran, disiplin, perpaduan, yang dipupuk dalam semangat, tolong-menolong, kasih sayang, itu tak lapuk dek zaman.

“… Maknanya ia relevan 100 tahun dahulu dan relevan 100 tahun akan datang”, katanya berucap semasa Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27 2025 di sini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Temu Anwar Pengakap sempena Perhimpunan Agung Pengakap Johor (PAPJ) Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa di Pantai Tanjung Leman, Mersing pada 13 September 2025. Foto Bernama

Menurut Anwar, prinsip Islam yang menekankan kasih sayang terhadap sesama makhluk juga mesti menjadi panduan kerana tanpanya manusia akan menjadi rakus dengan merosakkan alam sekitar termasuk penebangan hutan secara berleluasa.

Acara tahun ini menghimpunkan lebih 4,000 ahli pengakap dalam dan luar negara, menjalankan aktiviti ilmu pengakap, sains teknologi kejuruteraan matematik dan pengembaraan lasak.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *