G20: Malaysia Berjaya Tangani Kejutan Tarif AS – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada sesi pertama Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Afrika Selatan pada 22 November 2025. Foto Bernama

JOHANNESBURG, 22 Nov – Malaysia berjaya menangani kejutan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) serta pelbagai cabaran global lain termasuk tekanan rantaian bekalan dan perubahan teknologi pesat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara negara anggota ASEAN serta keberkesanan kepengerusian Malaysia.

“Kita dapati apabila dasar-dasar diselaraskan dan peraturan-peraturan dapat dijangka, kejutan dapat dilalui dengan kerosakan yang lebih minimum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara negara anggota ASEAN serta keberkesanan kepengerusian Malaysia. Foto Bernama

“Pengajarannya jelas, ketahanan lahir daripada kesiapsiagaan bersama, bukan pengasingan,” kata beliau ketika berucap pada Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg, Afrika Selatan, hari ini.

Beliau menekankan bahawa pelbagai cabaran yang lebih besar bakal dihadapi semua pihak, antaranya kepesatan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mampu mengubah landskap pekerjaan.

Perdana Menteri turut memaklumkan, pelaburan pembangunan tenaga kerja, khususnya yang melibatkan anak muda, perlu digiatkan selain memperkukuh program latihan dan jaringan keselamatan sosial.

Di samping itu, beliau menjelaskan, firma kecil dan sederhana turut perlu diberikan sokongan dalam mewujudkan peluang pekerjaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *