Fitnah: Kemenangan MCMC Terhadap Murray Hunter Iktibar Buat Semua Pihak

MCMC membuat laporan polis terhadap Murray Hunter yang mendakwa suruhanjaya itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
KUALA LUMPUR, 17 Okt – Tindakan saman fitnah sivil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ke atas seorang penulis dan bekas akademik Australia, Murray Victor Hunter (MH) membuktikan kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menabur fitnah sewenang-wenangnya.
Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Oktober lalu wajar dijadikan iktibar buat sesiapa sahaja agar tidak melakukan perbuatan yang boleh mencetuskan sebarang kemudaratan awam dan menjejaskan imej sesebuah institusi tanpa pertanggungjawaban terhadap dakwaan mereka.
Dalam keputusannya, mahkamah mendapati walaupun mana-mana individu bebas untuk mengeluarkan pendapat, namun kebebasan tersebut diiringi prinsip kebertanggungjawaban dan mengikut lunas undang-undang.

Tambahnya, hak bersuara dan melontarkan pandangan tidak terpakai jika melibatkan kenyataan palsu, berniat jahat atau memfitnah yang boleh menjejaskan reputasi orang lain.
Terdahulu, MCMC memfailkan saman berkenaan terhadap MH yang menerbitkan satu siri artikel antara April dan November 2024 mengandungi kenyataan palsu dan berbaur fitnah terhadap suruhanjaya itu.
Implikasi dakwaan serius dan tidak berasas disiarkan MH menyebabkan orang ramai keliru dengan artikel yang disiarkan serta merosakkan reputasi MCMC.

Pada 11 Oktober lalu, MH ditahan oleh pihak berkuasa Thailand ketika beliau berada di lapangan terbang atas dakwaan menfitnah terhadap MCMC.
Ini susulan dakwaan MH April 2024 lalu mendorong MCMC membuat laporan polis terhadap MH yang mendakwa MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
