Fitnah: Fahmi Sahkan Prosiding Saman Terhadap Papagomo, Ahmad Dusuki Akan Bermula Isnin

Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN bagi Wilayah Persekutuan 2026 di Komune Living and Wellness Bandar Tun Razak, pada 3 April 2026.

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan bahawa prosiding saman fitnah terhadap tiga individu akan bermula Isnin ini, pada jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Ketua Penerangan KEADILAN itu berkata, saman itu difailkan terhadap pemblog pembangkang, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris; pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani dan seorang pengguna Facebook, Ahmad Fauzan Madzlan.

Mereka bertiga, kata Fahmi telah memfitnahnya beberapa tahun lalu atas suatu program kononnya berpolitik di sebuah masjid di Selangor.

Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN bagi Wilayah Persekutuan 2026 di Komune Living and Wellness Bandar Tun Razak, pada 3 April 2026. Foto Bernama

“Insya-Allah, pada Isnin ini kes fitnah saya terhadap tiga individu akan bermula… Wan Azri, Ahmad Dusuki dan seorang lelaki bernama Ahmad Fauzan.

“Ketiga-tiga mereka memfitnah saya pada 2023 dengan mendakwa saya melakukan kempen politik di dalam masjid,” katanya ketika pada media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC 2026) KEADILAN bagi Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata beliau akan memberi keterangan sebagai saksi, dengan peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi.

Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan termasuk Papagomo telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa plaintif menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya.

Tegasnya, tujuan tindakan undang-undang berkenaan adalah untuk membersihkan namanya selepas bertahun-tahun menjadi spekulasi orang ramai.

“Kami telah menunggu tiga tahun. Saya ingin membersihkan nama saya. Kami membawa mereka yang didakwa memfitnah saya ke mahkamah,” katanya.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa plaintif menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Dakwa plaintif, kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos 2023, manakala di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *