Elaun Pasca Cuti Bersalin, Bantuan Kewangan Diperkenal Kerajaan – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di UNIFI Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2026. Foto Muhammad Iqbal Rosli

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans (OB) wanita, yang akan dibayar secara ‘one-off’, akan diperkenalkan Kerajaan MADANI dalam usaha mengekalkan jumlah tenaga kerja wanita di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu, akan membabitkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja kalangan wanita di negara ini.

“Elaun ini adalah bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari (sebulan) yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di UNIFI Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2026.

Menurut statistik, penyertaan tenaga buruh wanita menunjukkan penurunan ketara apabila merosot daripada 78.9 peratus bagi kumpulan umur 25 hingga 29 tahun kepada 68.6 peratus bagi umur 35 hingga 39 tahun.

Dalam pada itu, kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol di negara ini kekal pada kadar RM1.99 seliter walaupun berlaku peningkatan harga minyak di peringkat global sejak ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Tambah Anwar, banyak negara pengeluar minyak utama dunia menaikkan harga bahan api, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun Malaysia masih mengekalkan antara harga terendah di dunia selain Brunei dan Rusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di UNIFI Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2026. Foto Fairuz Saman

Beliau menjelaskan, walaupun Malaysia mengimport kira-kira 50 peratus keperluan minyak domestik, kerajaan tetap bertegas mengekalkan harga semasa demi menjaga kebajikan rakyat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *