Dua Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Cedera Tiba Di Pangkalan Subang

Pesawat TUDM pertama membawa rakyat Palestin yang cedera mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.
Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian.
Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir malam tadi.
Pesawat TUDM Bawa 40 Warga Palestin Atas Permintaan PM Anwar Dijadual Tiba Pada Jumaat
Sebaik tiba, semua pesakit dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan udaro berkendan bagi saringan kesihatan.
Terdahulu Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr memberitahu bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka telah berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur pada Khamis malam.
Menteri Pertahanan pada Khamis, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan dua pesawat A-400M dihantar ke Mesir untuk membawa warga Palestin yang cedera ke Malaysia untuk rawatan perubatan.
Malaysia Hasrat Bawa Rakyat Palestin Cedera Dirawat Di Negara Ini – PM Anwar
Nasr berkata, pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini adalah usaha yang diselaraskan melibatkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri Anwar,” katanya sambil memberi jaminan komitmen untuk meneruskan usaha mereka dengan kerjasama Malaysia.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
