Laman Sesawang Kalkulator Gaji SSPA Bertukar Jadi ‘404 Not Found’

Aplikasi perkhidmatan kalkulator gaji SSPA tidak dapat diakses oleh penjawat awam ketika ini berikutan laman tersebut mengalami masalah.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Aplikasi perkhidmatan kalkulator gaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilihat tidak dapat diakses oleh penjawat awam ketika ini berikutan laman tersebut mengalami masalah.

Semakan pada laman itu mendapati pautan sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php, laman tersebut hanya memaparkan “404 Not Found” (404 Tidak Dijumpai).

Terdahulu semakan awal sekitar pukul 12 tengah hari tadi mendapati laman tersebut masih boleh diakses dengan lancar.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, kalkulator gaji yang disediakan di portal SSPA itu membolehkan penjawat awam mengetahui secara terperinci jumlah kenaikan diterima mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji sebanyak 15 peratus bagi kumpulan pelaksana serta pengurusan dan profesional yang dilaksanakan secara berperingkat iaitu pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026.

Bagi kumpulan pengurusan tertinggi, kenaikan diterima pula ialah sebanyak 7 peratus.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *