Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri Pada 18 Dan 19 Mac – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol sempena Aidilfitri 2026 pada 17 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Kerajaan MADANI memutuskan untuk memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri 2026 bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman pada Rabu dan Khamis ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.

“Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai pukul 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).

“Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan sejumlah 2.3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya utama setiap hari bermula dari 17 hingga 22 Mac sempena Aidilfitri menurut pihak berkuasa lebuh raya.

Menurut Anwar, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, khususnya sepanjang Ramadan dan persediaan menyambut Aidilfitri.

Kerajaan turut melaksanakan beberapa inisiatif lain termasuk pemberian cuti tambahan Aidilfitri, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dari 14 hingga 28 Mac 2026 serta bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima melibatkan RM1.3 bilion.

Selain itu, bantuan khas kewangan disalurkan kepada penjawat awam, pesara dan veteran termasuk lebih 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru KAFA dan takmir.

Pada masa sama, hampir 1,900 Program Jualan Rahmah MADANI dilaksanakan sepanjang Ramadan bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barangan kekal berpatutan.

Kerajaan juga menguatkuasakan larangan penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing bagi memastikan subsidi dinikmati rakyat Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *