Deepavali 2025: PM Anwar Ajak Rakyat Bersama Menuju Keamanan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh penganut Hindu di negara ini pada 19 Oktober 2025. Foto tangkap layar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 19 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar perayaan Deepavali tahun ini menjadi simbol rakyat Malaysia untuk bersama menuju kemajuan, pencerahan, keadilan dan meninggalkan kegelapan serta kezaliman.
Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan khas menerusi hantaran video di media sosial hari ini seraya mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh penganut Hindu di seluruh negara.
“Mudah-mudahan Deepavali dapat memberikan pencerahan dan kebahagiaan kepada keluarga masyarakat Malaysia,” ujar Anwar.
Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut esok dengan pelbagai acara menarik termasuk kunjung-mengunjung bersama sanak saudara dan hidangan enak masyarakat India kepada para tetamu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
