Cuaca Panas Sebabkan Filipina Tutup Sekolah Dua Hari

Cuaca panas menyebabkan sekolah kerajaan di Filipina membatalkan kelas bersemuka esok dan lusa. Foto AFP

MANILA, 28 Apr – Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.

Jabatan Pendidikan hari ini berkata, cuaca panas melampau yang melanda Asia Tenggara dalam tempoh bebeberapa minggu kebelakangan ini, menyebabkan beribu-ribu sekolah menangguhkan operasi dengan pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran kesihatan.

Kebanyakan sekolah kerajaan di Filipina tidak mempunyai penyaman udara, menyebabkan pelajar kepanasan di dalam bilik darjah yang sesak dan tahap pengudaraan yang buruk.

“Mengambil kira ramalan indeks haba terkini dan pengumuman mogok pengangkutan di seluruh negara, semua sekolah kerajaan di seluruh negara perlu melaksanakan kelas online pada 29 dan 30 April 2024,” kata jabatan itu di media sosial.

Cuaca panas menyebabkan sekolah kerajaan di Filipina membatalkan kelas bersemuka esok dan lusa. Foto AFP

Jabatan Pendidikan menyelia lebih 47,000 sekolah di seluruh Filipina.

Sebahagian pemandu jeepney turut bercadang mengadakan mogok selama tiga hari di seluruh negara bermula esok bagi membantah rancangan kerajaan untuk menghapuskan pengangkutan terbabit, yang digunakan oleh ramai warga Filipina untuk berulang-alik ke tempat kerja dan sekolah.

Penggantungan kelas secara bersemuka dibuat selepas negara itu mencatatkan suhu tertinggi pernah direkodkan.

Data daripada agensi cuaca negara itu menunjukkan, suhu di Manila mencecah rekod tertinggi iaitu 38.8 darjah Celsius pada Sabtu dengan indeks haba mencecah 45 darjah Celsius. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *