Carabao Cup: Slot Rehatkan Lima Tonggak Hadapi Southampton

Mohamed Salah antara pemain yang tidak akan diturunkan menentang Southampton pada aksi pusingan ketiga Carabao Cup awal pagi Selasa. Foto Liverpool FC

LIVERPOOL, 23 Sep – Kempen Carabao Cup menyaksikan skuad Arne Slot merehatkan lima tonggak utama skuadnya termasuk Mohamed Salah menjelang aksi pusingan ketiga menentang Southampton awal pagi esok.

Slot menjelaskan keputusan itu dibuat selepas menilai jadual padat The Reds yang beraksi tiga perlawanan dalam tempoh enam hari, sekali gus memberi peluang kepada pemain utama mendapatkan rehat mencukupi.

“Virgil van Dijk, Ibrahima Konate, Mohamed Salah, Ryan Gravenberch dan Dominik Szoboszlai sudah bermain tiga kali penuh 90 minit. Kamu tidak akan melihat mereka pada Selasa,” kata Slot.

Penyerang antarabangsa Belanda, Ryan Gravenberch membuka tirai jaringan pada minit ke-10 dengan rembatan menewaskan Jordan Pickford pada 20 September 2025. Foto Reuters

Selain Salah, nama besar lain seperti Van Dijk dan Konate juga akan diketepikan bagi mengelak keletihan dan risiko kecederaan ketika Liverpool masih bersaing dalam Liga Perdana Inggeris, Liga Europa dan Piala FA.

Ketiadaan lima bintang itu membuka peluang buat pemain simpanan untuk membuktikan kemampuan, termasuk Wataru Endo, Giovanni Leoni dan beberapa muka muda yang dijangka mengisi kesebelasan utama.

Liverpool sebelum ini meraih tiga kemenangan berturut-turut apabila menundukkan Burnley 1-0, Atletico Madrid 3-2 dan menewaskan Everton 2-1, namun Slot menegaskan penggiliran skuad adalah kunci mengekalkan momentum jangka panjang.

Penyerang antarabangsa Perancis, Hugo Ekitike menambah jaringan pada minit ke-29 dengan rembatan menewaskan Jordan Pickford pada 20 September 2025. Foto Reuters

“Ini bukan alasan, tetapi keperluan. Kita mahu kekal kompetitif sepanjang musim, jadi pemain perlu diurus dengan bijak,” tambah jurulatih dari Belanda itu.

Langkah berani Slot itu bakal menjadi ujian sebenar kedalaman skuad Liverpool ketika mereka memburu slot ke pusingan seterusnya Carabao Cup tanpa kelibat beberapa pemain teras.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *