Cacar Monyet Pertama ‘Mendarat’ Di Jepun

TOKYO, 26 Jul – Kes pertama cacar monyet disahkan di Tokyo, Jepun, lapor stesen penyiar NTV pada Isnin, memetik sumber kerajaan yang tidak dinamakan.
Pesakit yang dijangkiti dilaporkan berusia sekitar 30an dan menetap di ibu negara, lapor akhbar Mainichi.
Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jangkitan cacar monyet semakin pantas merebak dan diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global.
Setakat ini, lebih 16,000 kes cacar monyet dilaporkan sepanjang tahun ini di lebih 75 negara termasuk lima kematian di Afrika.
Virus berkenaan merebak melalui kontak rapat dan mencetuskan gejala mirip kepada selesema, dan lepuhan kulit bernanah.
– REUTERS
