Buruh Dicekup Miliki Syabu Di Tempat Letak Kereta

Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 59 tahun di tahan di Trusan dan bandar Lawas kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah pada 16 Februari 2026. Foto Harapan Madani

LAWAS, 19 Feb – Polis merampas syabu seberat 0.80 gram dengan penahanan seorang buruh di tempat letak kereta di bandar Lawas Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan berkata suspek ditahan jam 2 petang yang kelihatan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Kata beliau pemeriksaan badan telah menemui satu paket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.80 gram yang dirampas untuk dijadikan barang kes.

Suspek ditahan jam 2 petang dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di bandar Lawas pada 16 Februari 2026.

“Hasil ujian air kencing mendapati saspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Liong berkata dalam operasi sama, dua lelaki tempatan berusia 40 dan 59 tahun di tahan di Trusan dan bandar Lawas kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai barang salah atau dadah.

“Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu seorang penganggur lelaki, 21 tahun dicekup di syaki terlibat dalam kegiatan judi empat nombor ekor (ENE) dalam operasi Isnin lepas.

Katanya pemeriksaan lanjut pada telefon pintar terdapat aplikasi judi dan polis merampas sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.

“Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau dan Kes disiasat mengikut seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Dalam operasi berasingan seorang wanita yang juga penjaga premis berusia 21 tahun, ditahan kerana di syaki terlibat dalam kegiatan judi dalam talian (JOL).

“ Pemeriksaan lanjut pada telefon pintar terdapat aplikasi judi. Turut dirampas dalam operasi berkenaan adalah sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai,”ujarnya.

Katanya lagi semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau dan kes disiasat dibawah seksyen 4B (a) ARJT 1953.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *