Aduan Salah Laku Pegawai Kerajaan Diadili Ikut Undang-Undang – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 19 Februari 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 19 Feb – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa setiap aduan salah laku terhadap mana-mana pegawai tertinggi kerajaan perlu diadili mengikut undang-undang dan bukannya atas dorongan politik.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh menghukum seseorang atas dorongan politik atau disebabkan individu itu tidak disenangi segelintir pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 19 Februari 2026. Foto PMO

“Kalau perlu hukuman, kena ikut hukum (undang-undang) tapi jangan kita hukum kerana kebetulan orang itu kita tidak senangi, atau kerana ada dorongan politik.

“Dan cara kita selesai ini, bagi saya ini undang-undang. Kalau ada aduan-aduan yang benar, bawa ke mahkamah kerana proses ini sama seperti mana yang kita bicarakan sekarang dalam kes SPRM,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 19 Februari 2026. Foto PMO

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Katanya, beliau menghargai tugas dan peranan setiap penjawat awam yang berhempas pulas, namun tidak semestinya mereka terus dihukum dan dimaki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 19 Februari 2026. Foto PMO

Anwar berkata, tindakan terhadap sebarang kelemahan atau salah laku perlu dibuat secara adil dan berasaskan siasatan, terutama membabitkan penjawat awam yang telah lama berkhidmat.

“Orang yang berkorban puluhan tahun, dalam semua agensi, kalau kelemahan itu melanggar prinsipnya ataupun kesalahannya besar, itu ikut proses undang-undang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada 19 Februari 2026. Foto PMO

“Dan kalau ada aduan-aduan yang berat, bawa kepada prosesnya. Sama seperti mana yang dibicarakan sekarang dalam kes SPRM.

“Tetapi bagi saya, saya tidak fikir saudara akan bekerja kalau seorang Perdana Menteri itu terus hukum. ‘Belum siasat, mesti hukum dulu’. Saya tidak pilih jalur (tindakan) itu,” katanya.

Antara beberapa ahli parlimen yang hadir daripada kira-kira 200 peserta hadir pada himpunan yang dilihat tidak mendapat sambutan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur pada 15 Februari 2026.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan khas bagi menyiasat dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *