Bursa Malaysia Lonjak Lebih 20 Mata Penutup Sesi Pagi

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar AS pada paras kira-kira 3.98 telah meningkatkan sentimen pelabur terhadap Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR, 26 Jan – Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan dengan melonjak tinggi pada Isnin berikutan dana asing terus membeli saham tempatan, mencerminkan keyakinan luar yang berterusan terhadap pasaran Malaysia.
Pada 1.10 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 20.41 mata kepada 1,740.40 daripada 1,719.99 dicatatkan pada Jumaat lalu.
Indeks melepasi paras tertinggi sebelum ini pada 1,721.42 yang dicatatkan pada 22 Februari 2019.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 369 berbanding 337 manakala 463 kaunter tidak berubah, 1,559 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 662.08 juta saham bernilai RM401.86 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar AS pada paras kira-kira 3.98 telah meningkatkan sentimen pelabur.
Pada sesi pembukaan hari ini, mata wang tempatan dibuka mengukuh kepada 3.9850/9950 berbanding dolar AS, berada hampir pada paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun.
Ini didorong oleh kesediaan mengambil risiko yang meningkat selepas keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan indeks dolar AS yang rendah.
Ringgit kali terakhir diniagakan pada paras yang sama adalah pada 24 Mei 2018 apabila ia mencecah RM3.9797 berbanding dolar AS.
“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,720 hingga 1,735 hari ini,” katanya kepada Bernama.
Katanya, Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat lalu berikutan peniaga dilihat bimbang mengenai rangka kerja Presiden AS Donald Trump berhubung Greenland walaupun pendirian tarif telah dilonggarkan ke atas negara-negara Kesatuan Eropah yang menentang pengambilalihan itu.
Beliau berkata, hasil AS untuk tempoh 10 tahun merosot kepada 4.231 peratus.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM11.42, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing naik satu sen kepada RM4.79 dan RM8.61, CIMB menambah sembilan sen kepada RM8.39 dan Tenaga Nasional menokok lapan sen kepada RM13.88.
Dalam senarai paling aktif, Capital A menambah dua sen kepada 56.5 sen, AirAsia X naik 14 sen kepada RM1.98, Eco-Shop Marketing meningkat tiga sen kepada RM1.60 dan Tanco naik satu sen kepada RM1.31.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web



