Bundesliga: Ten Hag Pula Dipecat Leverkusen

Pengurus dari Belanda, Erik ten Hag cuma sempat mengendalikan Bayer Leverkusen hanya dua perlawanan sebelum dipecat pada 1 September 2025. Foto AFP
BERLIN, 1 Sep – Setelah dua bekas pengendali Manchester United dipecat kelab masing-masing, seorang lagi menerima nasib serupa hari ini.
Gergasi Bundesliga, Bayer Leverkusen pula mengambil keputusan drastik memecat pengurusnya, Erik ten Hag, hanya selepas dua perlawanan liga berlangsung musim ini.
Keputusan itu diambil pengurusan Leverkusen susulan kekecewaan sekadar seri 3-3 menentang Werder Bremen yang beraksi dengan 10 pemain hujung minggu lalu, selepas bekas juara liga itu turut tewas 1-2 kepada Hoffenheim dalam aksi pembukaan liga.
Dua keputusan hambar itu meletakkan Ten Hag di bawah tekanan sebaik memulakan tugas, selepas dilantik menggantikan Xabi Alonso pada Mei lalu.
Ten Hag sebelum ini tidak mengendalikan mana-mana pasukan sejak dipecat United pada Oktober tahun lalu.
Musim lalu, Alonso mencipta sejarah apabila membawa Leverkusen meraih gelaran berganda termasuk kejuaraan Bundesliga pertama kelab itu dengan rekod tanpa kalah, sebelum berhijrah ke Real Madrid.
Sebelum ini, Ole Gunnar Solksjaer dan Jose Mourinho turut ‘direhatkan’ selama-lamanya oleh Besiktas dan Fenerbache, kedua-duanya gergasi SuperLig Turkiye.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web


