Buka Paip Dapat ‘Air Kopi’ Di Machang

Tangkap layar kualiti air yang dirakam pengguna media sosial Threads di Machang, Kelantan pada 8 Mac 2026.

MACHANG, 8 Mac – “Seminggu di Machang, seminggu juga keadaan air macam ni”.

Demikian luahan kecewa seorang pengguna di aplikasi Threads yang dikenali sebagai Achik1310 tentang masalah bekalan air paip di Machang, Kelantan sejak seminggu yang lalu.

Berdasarkan klip video yang dikongsi individu terbabit, air paip di kediamannya itu kelihatan hitam umpama seperti air kopi.

Tangkap layar kualiti air yang dirakam pengguna media sosial di Machang, Kelantan pada 8 Mac 2026.

“Tak tahu la keadaan dengan penduduk di Machang dah biasa dengan situasi yang macam ni.

“Sedangkan pengurusan air di Kelantan diuruskan oleh syarikat yang telah lama menguruskan air dan sepatutnya isu seperti ini dapat diuruskan dengan lebih baik. Syawal akan menjelma tak lama lagi,”luah individu itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan tepat bila klip video itu dirakam dan lokasi sebenar rumah individu terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan penduduk Machang yang mengalami gangguan bekalan air bersih ketika ini dan mahu pihak berwajib menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

 

Malah kata seorang pengguna dikenali sebagai Wanmiwabi, masalah tersebut turut berlaku di beberapa kawasan di daerah Pasir Puteh.

“Sejak kebelakangan ni Pasir Puteh pun sama, makin teruk. Ni bukan air dah ni selut ke?,” soalnya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *