BUDI95: Warga Lembah Klang ‘Serbu’ Stesen Minyak Maksimumkan Kuota Mac

Tinjauan di sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan mendapati puluhan kenderaan menyerbu semua pam minyak RON95 dengan diperhatikan majoriti cuba memaksimumkan tangki petrol dengan baki kuota masing-masing pada 31 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Pemantauan rawak mendapati stesen minyak sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami peningkatan jumlah kenderaan secara ketara berikutan orang ramai ingin memaksimumkan kuota subsidi RON95 pada hari terakhir bagi bulan ini.

Ini kerana bermula esok, kuota bahan bakar itu telah diselaraskan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan untuk sementara sehingga bekalan RON95 kembali pulih.

Menurut seorang peniaga, Noor Hafiza Che Abdullah, 36, dia mengambil peluang untuk menghabiskan kuota minyak yang berbaki 100 liter lagi.

“Suami saya hubungi saya untuk isi minyak kerana esok kerajaan akan selaraskan kepada 200 liter jadi saya isi penuh minyak dalam kereta,” katanya.

Tinjauan di sebuah stesen minyak di Bandar Tasik Selatan dekat sini mendapati puluhan kenderaan menyerbu semua pam minyak RON95 dengan diperhatikan majoriti cuba memaksimumkan tangki petrol dengan baki kuota masing-masing.

Pemantauan mendapati kesesakan berlaku sejak jam 8 malam tadi dan dijangka sehingga menjelang tengah malam ini sebelum kuota baharu bulan April bertukar kepada 200 liter untuk bulan berkenaan.

Warganet berkongsi baki kuota BUDI95 di media sosial sebelum pelarasan kepada 200 liter bermula tengah malam 1 April 2026. Foto Threads azfarzk

Pada Khamis lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi minyak tersebut berikutan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak dan ekonomi dunia pada masa ini.

Bagaimanapun kerajaan masih mengekalkan harga bagi seliter bahan bakar itu pada kadar RM1.99.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *