BUDI95: Penyasaran Subsidi Berasas Situasi Menang-Menang – Penganalisis

Abul Jais percaya rakyat mula memahami bahawa penjimatan daripada penyasaran subsidi ini boleh disalurkan semula kepada sektor penting seperti kesihatan, pendidikan, penambahbaikan infrastuktur.

PENDAPAT, 15 Jan – Pelaksanaan penyasaran subsidi Budi MADANI RON95 (BUDI95) yang diperkenalkan sejak 30 September tahun lalu telah menerima sambutan yang semakin positif dalam kalangan rakyat, khususnya apabila manfaat dan rasional pelaksanaannya mula difahami secara menyeluruh.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah berani tetapi perlu oleh Kerajaan MADANI bagi memastikan subsidi negara disalurkan secara lebih adil, bersasar dan mampan tanpa mengurangkan mekanisme bantuan lain seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Pasangan suami isteri di Johor Bahru berpuas hati menikmati pengalaman menggunakan sistem baharu BUDI95 dengan harga cuma RM1.99 seliter. Foto Bernama

Pada peringkat awal, seperti mana-mana dasar besar, wujud kebimbangan dan persoalan besar dalam kalangan masyarakat.

Namun, usaha penerangan berterusan oleh kerajaan, termasuk penjelasan mengenai kelayakan penerima, mekanisme pelaksanaan serta jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah dan sederhana terus dilindungi, berjaya meningkatkan tahap penerimaan rakyat.

Orang ramai mula menyedari bahawa pendekatan subsidi pukal sebelum ini lebih menguntungkan golongan berpendapatan tinggi dan lebih 3.5 juta warga asing yang tidak layak sama sekali, sekali gus menyebabkan ketirisan besar kepada perbelanjaan kewangan negara.

Warganet teruja berkongsi kelayakan menerima subsidi RON95 menerusi insiatif BUDI95 yang bermula pada 30 September 2025 dan tidak menjejaskan kelayakannya biarpun mempunyai saman tertunggak.

BUDI95 juga dilihat sejajar dengan semangat keadilan sosial yang menjadi teras Kerajaan MADANI. Rakyat mula memahami bahawa penjimatan daripada penyasaran subsidi ini boleh disalurkan semula kepada sektor penting seperti kesihatan, pendidikan, penambahbaikan infrastuktur, pengangkutan awam lebih cekap dan bantuan bersasar kepada golongan rentan.

Pendekatan ini memberi gambaran bahawa kerajaan bukan menarik subsidi secara membuta tuli, sebaliknya menstruktur semula demi kepentingan jangka masa panjang demi rakyat dan negara.

Pelaksanaan BUDI95 membantu kerajaan melaksanakan situasi ‘menang-menang’ tanpa menjejaskan bantuan sedia ada kepada rakyat. Foto hiasan

Mekanisme pelaksanaan secara berfasa bermula dengan anggota beruniform, diikuti penerima STR dan SARA serta penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas rakyat membantu mengurangkan kejutan dasar.

Kecekapan sistem pendaftaran dan pengagihan juga meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan kerajaan melaksanakan reformasi ekonomi yang selama ini tidak mampu dilakukan pentadbiran terdahulu.

Anggota polis dan tentera ceria menerima manfaat awal BUDI95 pada 27 September 2025. Foto Polis Daerah Iskandar Puteri

Kini, rakyat menerima manfaat sebenar di samping sambutan baik terhadap BUDI95 mencerminkan kematangan rakyat dalam menilai dasar berasaskan keperluan sebenar.

Ini sekali gus mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap komitmen Kerajaan MADANI untuk mengurus subsidi secara berhemah, telus dan adil tanpa mengenepikan hak sebagai warganegara Malaysia.

Penerangan secara berterusan oleh Jabatan Penerangan membantu rakyat memahami setiap isu-isu semasa termasuk pelaksanaan BUDI95 serta bantuan STR dan SARA secara bersemuka di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Foto Jabatan Penerangan

Kedudukan fiskal negara yang lebih baik juga antara kesan positif daripada pelaksanaan BUDI95 apabila merekodkan penjimatan sebanyak RM800 juta seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hujung tahun lalu.

Sudah pasti manfaat eksklusif untuk rakyat Malaysia ini wajib dipertahankan dengan menyokong inisiatif bersasar dan mengurangkan ketirisan subsidi yang merugikan kerajaan dalam jangka masa panjang.

– Oleh Abul Jais Ashfaq Ahmed

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *