BN Johor Bergerak Solo? Lebih Mudah Buat Pakatan Harapan – Penganalisis

Faizul berkata, keputusan berkenaan sebenarnya lebih memudahkan lagi gerak kerja Pakatan Harapan (PH) Johor menyusun strategi dan pelaksanaan di peringkat negeri berdepan dengan sebarang kemungkinan.

JOHOR BAHRU, 16 Mei – Keputusan Barisan Nasional (BN) bertanding kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor tidak memberi sebarang kesan terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Menurut penganalisis politik, Faizul Abdul Ghani, keputusan berkenaan sebenarnya lebih memudahkan lagi gerak kerja Pakatan Harapan (PH) Johor menyusun strategi dan pelaksanaan di peringkat negeri berdepan dengan sebarang kemungkinan.

“Sejak beberapa bulan lalu, PH telah melihat kecenderungan BN untuk bergerak solo di Johor yang mungkin mahu ‘mempertahankan’ 40 kerusi DUN mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022.

“Namun harus diingat, rakyat Johor juga memiliki kepintaran politik tersendiri, bukan sekadar mahukan kestabilan kerajaan bahkan mereka juga melihat Kerajaan MADANI yang lebih banyak menyalurkan peruntukan kepada sekolah, hospital, jalan raya, perumahan mampu milik dan meneroka peluang pekerjaan baharu seperti kewujudan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dikendalikan Kerajaan Persekutuan.

“Saya fikir keputusan ini merupakan isyarat bahawa BN Johor terutamanya mungkin masih lagi ‘bernostalgia’ dengan kemenangan besar pada PRN 2022 tetapi setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, segala naratif rakyat telah berubah secara perlahan namun amat berkesan,” katanya.

Tambah Faizul, majoriti rakyat Johor juga memahami tanpa bantuan dan sokongan Kerajaan Persekutuan terutama daripada MITI dan MIDA, kemasukan pelaburan ke negeri ini juga tidak mungkin dapat direalisasikan sehingga ke hari ini.

“Sokongan dan kepantasan Perdana Menteri membolehkan Johor merekodkan pelaburan diluluskan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2025 dengan nilai mencecah RM110 bilion. Prestasi cemerlang ini dijangka mewujudkan kira-kira 24,584 peluang pekerjaan baharu,” tegasnya.

Terdahulu, siaran media menyebut, Onn Hafiz membuat keputusan berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook petang ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti serta setelah mengambil kira ‘pandangan dan suara rakyat Johor’.

Bagaimanapun, naratif yang cuba dibawa Onn Hafiz masih ‘kabur’ kerana tanpa mereka sedar, ‘keghairahan’ mahu ‘melanggar’ kerusi PH tidak akan memberi indikator positif kepada BN Johor sebaliknya hanya mengesahkan bahawa mereka tamakkan kuasa dan takut dengan bayang-bayang sendiri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *