Beri Ruang Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Victor Chin – Amirudin

Menteri Besar Selangor merangkap Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada Majlis Perasmian Puncak Ampang Look Out Point (Puncak Alop) di Hulu Langat pada 30 Mac 2026. Foto MPAJ

HULU LANGAT, 30 Mac – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Victor Chin melibatkan ahli parti itu.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan kini sedang menjalankan siasatan sewajarnya dan semua pihak diminta memberi ruang agar proses tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa sebarang gangguan.

“Kerajaan sedang menjalankan siasatan yang sewajarnya dan kita percaya kepada keberkesanan pihak berkuasa.

Menteri Besar Selangor merangkap Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada Majlis Perasmian Puncak Ampang Look Out Point (Puncak Alop) di Hulu Langat pada 30 Mac 2026. Foto MPAJ

“Kita berharap mereka dapat melaksanakan siasatan ini secara menyeluruh tanpa sebarang gangguan kerana perkara ini memberi kesan besar kepada ekonomi negara,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Perasmian Puncak Ampang Look Out Point (Puncak Alop) di sini hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya turut percaya dengan kebijaksanaan dan komitmen Perdana Menteri dalam membanteras kartel dalam beberapa isu yang telah dilihat berjaya dilaksanakan.

“Selain itu, usaha membanteras rasuah juga dilakukan secara bersungguh-sungguh, bukan sekadar disebut tetapi benar-benar dilaksanakan, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pelbagai pihak lain.

Hantaran Sivarasa di aplikasi X menyentuh isu drama Victor Chin pada 24 Mac 2026.

“Jadi berikan sedikit masa yang sesuai. Nothing to hide. Saya percaya dengan pendirian kerajaan,” katanya.

Katanya, komitmen kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada pembanterasan penyelewengan, malah merangkumi usaha mendapatkan semula aset yang hilang atau diseleweng demi kepentingan negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *