Belanjawan 2025 Tumpu Ikhtiar Tangani Isu Kos Sara Hidup – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Bersama Warga Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 24 Ogos – Belanjawan 2025 yang akan dibentang pada Oktober depan, akan turut berpaksikan isu kos sara hidup, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, beliau menerima kenyataan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menangani isu kos sara hidup dan mengawal inflasi, ia masih menjadi masalah utama rakyat.

“Walaupun kos sara hidup dan inflasi (naik) dua, tiga peratus berbanding 40 peratus di Turkiye tapi kita terima kenyataan kerana adanya ihsan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Bersama Warga Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya. Foto RTM

“Sebab itu saya tekankan, dalam pembangunan dan kerangka MADANI, kemampanan dan tindakan penting tetapi mesti disertai dengan ihsan.

”Kalau berbicara soal pelarasan gaji, tentang keprihatinan dan kos sara hidup, semua tindakan harus berasaskan ihsan,” katanya.

Perdana Menteri turut mengulangi ikrarnya untuk tidak akan bertolak ansur dalam isu rasuah dan pelanggaran tatakelola, dan menyeru penjawat awam untuk turut sama memikul tanggungjawab menambah baik perkhidmatan awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Bersama Warga Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya tahu dalam kalangan rakan-rakan dan pembangkang, marah bila saya cakap soal tatakelola tetapi kita tahu kita warisi sistem di mana penyelewangan dan rasuah sudah jadi sistemik.

“Mana mungkin Malaysia hebat, mana mungkin satu dunia di mana umat Islam majoriti, mana boleh bangsa yang berbudaya yang hormat pada nilai dan akhlak, mengizinkan ini terus berlaku.

“Apabila kita ambil tindakan, ada yang tak berpuas hati. Kena jelas, kita bermaksud menyenangkan rakyat. Kita tak bermaksud menyenangkan perasuah, perompak dan penyeludup,” tegasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Bersama Warga Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri bersama warga penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Pelancaran Portal Ihsan MADANI, pada Jumaat.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

Portal Ihsan MADANI adalah satu platform untuk pengguna mendapatkan serta mengenal pasti pelbagai program dan inisiatif kerajaan dengan lebih cepat dan mudah terutama dalam aspek meringankan beban sara hidup rakyat.

Ia juga akan membantu pengguna mengenal pasti program dan inisiatif yang layak dan sesuai kepada pengguna berdasarkan maklumat yang telah diisi.

  • Oleh Madiha Abdullah


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *