Bekas Pemimpin Pembangkang Russia Dijangka Disemadikan Jam 2 Petang Jumaat

Potret mendiang Navalny dan jambangan bunga diletakkan di luar Kedutaan Russia di Paris, Perancis pada 16 Februari lalu selepas berita kematian misterinya tersebar. Foto Reuters
WARSAW, 28 Feb – Majlis pengebumian pemimpin pembangkang Rusia, Alexei Navalny bakal diadakan pada Jumaat di sebuah gereja, selatan Moscow, kata sekutu politiknya.
Pihak berkuasa Rusia akhirnya telah menyerahkan mayat Navalny kepada ibunya pada Sabtu lalu, selepas seminggu kematiannya di penjara Artic.
“Pengebumian Alexei akan diadakan di Gereja ‘Mother of God Quench My Sorrows‘ di Maryino pada 1 Mac jam 14:00 waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia). Datang lebih awal,” kata mereka dalam catatan di media sosial pada Rabu.
Sekutu politiknya turut berkata persemadian mayat Navalny akan diadakan di tanah perkuburan Borisov.

Mendiang Navalny merupakan pengkritik Presiden Rusia, Vladimir Putin yang paling lantang, meninggal dunia pada 16 Februari lalu di sebuah penjara di utara Siberia.
Mendiang dihukum menjalani hukuman 19 tahun atas tuduhan yang dilihat sebagai tribulasi politik. – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
