Bapa Azalina Meninggal Dunia

KELANA JAYA, 29 Jul – Othman Said, bapa kepada Ahli Parlimen Pengerang, Azalina meninggal dunia pada usia 89 tahun di kediamannya di Kelana Jaya, pagi Jumaat.

Setiausaha Sulit Azalina, Danesh Raj yang mengesahkan perkara itu berkata, Allahyarham meninggal dunia subuh tadi kerana sakit tua.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum solat Jumaat.

Beberapa pemimpin politik rentas parti mengutus salam takziah buat keluarga Allahyarham dan ada yang menziarahi jenazah di Masjid Al Hidayah pagi ini.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima ketentuan Allah dan bersabar atas pemergiannya.

“Mari kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga ditempatkan bersama golongan beriman dan bertakwa,” tulis seorang pemimpin politik daripada Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *